SHAH ALAM, 29 NOV: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Klang melaksanakan pemasangan pam penggalak di Sungai Binjai, Klang bagi mengatasi masalah air banjir termenung.
SHAH ALAM, 28 NOV: Beberapa Kawasan di Klang dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan sejak petang tadi, maklum KDEB Waste Management.
KLANG, 13 NOV: Hujan lebat luar biasa dalam tempoh beberapa jam semalam dipercayai menjadi punca beberapa kawasan sekitar Klang dilanda banjir kilat, kata EXCO pengurusan bencana.
SHAH ALAM, 12 NOV: Lima kawasan di daerah Klang dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat berterusan sejak pagi tadi, kata pegawai daerahnya.
SHAH ALAM, 12 NOV: Sebanyak lima kenderaan terperangkap dalam banjir kilat berhampiran Persiaran Surian Damansara - Taman Pelangi Damansara Petaling Jaya.
PETALING JAYA, 26 OKT: Pengurusan aliran air dalam perancangan pembangunan bandar lestari perlu dijadikan antara keutamaan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengelakkan berlakunya risiko banjir kilat terutama di kawasan bandar yang berpenduduk pesat.
SHAH ALAM, 24 OKT: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksana pelbagai inisiatif bagi menghadapi banjir kilat di Kuala Lumpur sebagai persiapan penganjuran Sidang Kemuncak Asean 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.
SHAH ALAM, 21 OKT: Kerajaan Negeri mengarahkan Malaysia Rail Link (MRL) melaksana empat tindakan segera bagi mengatasi kekerapan banjir kilat susulan pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
SHAH ALAM, 4 OKT: Sejumlah 1,968 mangsa melibatkan 480 keluarga dipindahkan ke enam pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir melanda tiga daerah, setakat malam tadi.
SHAH ALAM, 25 SEPT: Beberapa kawasan di sekitar Kota Kemuning dan Jalan Kebun di sini dilanda banjir kilat susulan hujan lebat, petang ini.
GEORGE TOWN, 17 SEPT: Hampir 200 laporan pokok tumbang direkodkan di seluruh Pulau Pinang sejak Ahad lepas ekoran hujan lebat dan angin kencang yang turut menyebabkan beberapa rumah dan kenderaan rosak di sembilan lokasi di negeri itu.
SHAH ALAM, 12 SEPT: Penduduk Bandar Botanic, Klang yang sebelum ini berdepan isu banjir kilat kini mampu menarik nafas lega apabila masalah itu bakal selesai dalam tempoh terdekat.
KUALA LUMPUR, 25 OGOS: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan meneliti semula tatacara operasi piawai (SOP) bagi mengatasi masalah banjir kilat di ibu negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
SHAH ALAM, 21 OGOS: Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga sedang meneliti punca kejadian banjir kilat yang berlaku di Padang Jawa semalam, dipercayai akibat kolam takungan tidak berfungsi.
SHAH ALAM, 20 OGOS: Paras air di empat stesen iaitu Bandar Klang, Kampung Delek dan Tugu Keris, Klang serta satu di daerah Gombak dilapor pada tahap bahaya setakat jam 6.45 petang tadi.
SHAH ALAM, 5 OGOS: Seramai 143 individu berteduh di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kampung Sekolah Sungai Selisik, Hulu Selangor setakat jam 8 pagi ini.
KUALA LUMPUR, 16 APRIL: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh telah diarah untuk menyalurkan bantuan yang diperlukan kepada individu terjejas akibat banjir kilat di kawasan itu petang tadi bagi meringankan beban mangsa.
SHAH ALAM, 16 APRIL: Hujan lebat berterusan dalam tempoh sejam sejak jam 4.30 petang tadi mengakibatkan banjir kilat di Kampung Melayu Subang.
JOHOR BAHRU, 14 DIS: Wanita warga emas dan seorang remaja lelaki berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kereta dipandu mereka akibat banjir kilat yang berlaku di hadapan stesen minyak di Taman Molek, petang tadi.
JOHOR BAHRU, 6 DIS: Seramai 38 murid dan enam guru sebuah Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) di Kampung Mohd Amin, di sini, berjaya diselamatkan petang tadi, selepas terperangkap akibat banjir kilat susulan hujan lebat sejak tengah hari tadi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.